2014年12月1日星期一

KAWAN BAIK SAYA - NELLY LIM JIA XUAN (4M/2014)


Semua orang pun mempunyai kawan baik. Nama kawan baik saya ialah Carol Tan. Carol dan saya bersekolah di SJK (C) Pui Ying. Kami belajar di kelas 4M. Kami berkenalan sejak tahun 2. Kami ialah Pengawas di sekolah.

Carol seorang murid yang pandai di kelas. Dia selalu mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Carol sangat pandai dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Apabila saya menghadapi masalah dengan latihan Bahasa Inggeris, Carol akan mengajar saya.

Kami juga mempunyai hobi yang sama iaitu bermain badminton. Carol suka bermain badminton kerana dapat menyihatkan badan dan mencergaskan otak. Pada masa lapang, Carol akan bermain badminton bersama keluarganya.

Cita-cita carol ialah menjadi seorang guru yang Berjaya dan bertanggungjawab. Carol memilih untuk menjadi guru kerana dia ingin memberi ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak. Selain itu, dia juga suka menjadi guru kerana hendak menolong orang yang tidak pandai dalam membac dan menulis.

Saya berharap agar hubungan kami akan kekal untuk selamanya. Kami juga berharap kami akan mencapai cita-cita kami dan menjadi insan yang berguna. Saya berasa sangat gembira dan bangga.

0 评论:

发表评论

注意:只有此博客的成员才能发布评论。

分享

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More