2014年12月1日星期一

HAIWAN KESAYANGAN SAYA - TIANG YING YING (6M/2014)


Terdapat pelbagai jenis haiwan peliharaan di dunia. Antaranya anjing, kura-kura, arnab, burung dan lain-lain. Semua orang mempunyai haiwan peliharaan masing masing. Saya juga tidak terkecuali.

Haiwan peliharaan saya adalah seekor kucing. Pada tahun lepas, saya telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. Ayah telah menghadiahkan seekor kucing kepada saya sebagai ganjaran. Saya berasa seperti tikus jatuh ke beras kerana impian saya selama tiga tahun telah tercapai.


Kucing saya bernama si Comel. Ia merupakan seekor kucing jantan daripada baka parsi. Bulunya berwarna putih dan panjang. Selain itu, bulunya juga lebat dan lembut. Oleh itu, saya suka mengusap bulunya.

Saya akan memandikan si Comel dua kali seminggu.  Saya menggunakan syampu khas untuk kucing. Si Comel peka dengan persekitaran. Ia sering bergerak dari suatu tempat ke tempat lain.

Si Comel tidak pernah berehat sehingga ia sudah penat pada waktu siang. Pada waktu malam pula, si Comel akan membantu kami sekeluarga untuk menangkap tikus. Oleh sebab itu, baying tikus terus lenyap setelah si Comel muncul.

Makanan yang paling si Comel sukai ialah ikan yang segar. Ia juga suka minum susu.  Setiap hari si Comel akan makan dua ekor ikan yang besar dan minum tiga pinggan susu yang segar. Kadang-kadang, saya akan membawa si Comel bersiar-siar di taman yang berdekatan dengan rumah saya. Ia suka bermain bola bersama kucing yang lain.

Di samping itu, saya juga akan membawa si comel berjumpa doktor haiwan setiap bulan untuk memeriksa kesihatannya. Ini adalah untuk mencegah si Comel daripada penyakit supaya nyawanya tidak akan terancam. 

Pada bulan lepas, saya telah membawa si Comelmenyertai suatu pertandingan kucing di sebuah pasar raya yang baru dibuka. Tujuan pertandingan tersebut diadakan adalah untuk menarik perhatian para pengunjung. Terdapat banyak kucing telah menyertai pertandingan itu. Saya berasa gembira kerana si Comel berjaya memenangi tempat kedua. Saya sungguh bangga akan si Comel.

Si Comel  juga selalu menarik perhatian orang lain yang melihatnya pada bila-bila masa. Apatah lagi  kecomelan dan gelagatnya yang manja. Ada orang juga sanggup menawarkan harga yang tinggi untuk membeli si Comel. Namun, saya telah menolak tawaran mereka.

Si Comel merupakan sebahagian daripada kehidupan saya . saya memang sayang akan si Comel. Saya berjanji akan menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Saya juga berharap agar si Comel dapat berada di sisi saya  buat selama-lamanya.

0 评论:

发表评论

注意:只有此博客的成员才能发布评论。

分享

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More