Setiap orang mempunyai masa lapang yang tersendiri. Masa yang terluang itu kita boleh melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Begitulah juga saya.
Pada masa lapang, saya akan melakukan aktiviti yang baik seperti membaca pelbagai bahan bacaan seperti Novel, Buku Cerita, Majalah, Komik dan lain-lain. Saya amat suka membaca kerana membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya. Selain itu, dengan membaca pelbagai bahan bacaan akan menghilangkan tekanan saya setelah penat belajar.
Di samping itu, saya juga melakukan hobi yang menarik pada masa lapang. Saya akan bermain badminton dengan jiran-jiran di taman permainan yang berdekatan dengan rumah saya. Bermain badminton bukan sahaja dapat menyihatkan badan saya malahan dapat mencerdaskan otak saya.
Saya juga boleh menolong ibu membuat kerja rumah seperti mengemas rumah, mencuci pinggan , menyiram pokok bunga dan mencuci pakaian pada masa lapang.
Selain itu, aktiviti berfaedah yang boleh saya lakukan ialah melayari internet. Saya boleh mencari maklumat dan menyelesaikan masalah pelajaran dengan melayari internet. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memperluaskan ilmu pengetahuan saya.
Akhir kata, saya akan memanfaatkan masa lapang saya tanpa membuang masa saya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.
0 评论:
发表评论
注意:只有此博客的成员才能发布评论。