2014年12月1日星期一

BERGOTONG ROYONG - KHOO WAI CHI (5M/2014)


Pada hujung minggu yang lalu, Penduduk Kampung Taman Bahagia telah mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan perumahan. Gotong royong ini bermula pada pukul 8.00 pagi.

Kami menyediakan peralatan untuk menjalankan aktiviti gotong- royong. Antara alat yang diperlukan termasuklah penyapu, kain, baldi, dan lain-lain. Ketua kampung memberi tugas kepada kami lalu kami mula menjalankan tugas yang diberi. Puan Cindy, Makcik Lee dan ibu saya bertugas menyediakan makanan dan minuman.

Saya dan Qiao Ying bertugas mengutip sampah. Kami telah mengutip tin, botol dan kertas lalu dibuang ke dalam beg plastik. Kakak saya bertugas mencuci longkang. Dia mencuci longkang dengan berus dan sabun. Longkang yang tidak tersumbat dapat mencegah pembiakan nyamuk.

Encik Tan dan bapa saya bertugas mengecat dinding. Mereka mengecat dinding dengan cat dan berus. Dinding yang di cat oleh mereka sangat cantik. Abang saya bertugas mencantas pokok bunga. Pokok bunga yang di cantas oleh abang terdiri daripada pelbagai bentuk seperti bentuk bintang, bentuk kucing, bentuk bunga dan lain-lain.


Pada pukul 12 tengah hari, aktiviti gotong-royong ini tamat. Sebelum pulang, Ibu, Puan Cindy dan Makcik Lee telah menghidangkan juadah untuk kami. Makanan dan minuman yang disediakan oleh mereka sangat sedap, antaranya termsuklah jus oren, kari ayam, nasi goreng, dan lain-lain. Penduduk  kampung dan kami berasa sangat gembira keraa kawasan perumahan telah menjadi sangat bersih dan cantik.


Saya berasa sangat letih tetapi saya tetap amat seronok kerana kawasan perumahan kami telah menjadi cantik dan bersih.


0 评论:

发表评论

注意:只有此博客的成员才能发布评论。

分享

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More