2015年1月25日星期日
2015农历新年假期
2014年12月29日星期一
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
2014年12月21日星期日
Info terkini Hari Aktiviti Ko-kurikulum di SJKC Pui Ying
Masa : 1:40pm-3:30pm
Tempat : SJK C Pui Ying, Klang
Catatan : 1) Hari Sabtu tiada aktiviti Ko-kurikukum.
2) Kelas Tambahan Tahun 6 akan diadakan pada Hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat.
3) Kelas Tambahan Tahun 5 akan diadakan pada Hari Isnin dan Khamis.
4) Kelas Tambahan Tahun 4 akan diadakan pada Hari Selasa dan Jumaat.
PN TEI SEW HONG PJK
GURU BESAR
SJKC PUI YING
Info Tambahan
Bermula tahun 2015, Tiada kelas tambahan tahun 4, 5 dan 6 pada hari Sabtu. SEMUA aktiviti Kelas tambahan hanya diadakan pada hari Isnin sehingga Jumaat, Kecuali Hari Rabu khas untuk Hari Aktiviti Ko-kurikulum.
Dari
PN TEI SEW HONG PJK
GURU BESAR
SJKC PUI YING, KLANG
2014年12月2日星期二
2014最佳男运动员 - 黄耀永4P
- 巴生启明小学乒乓单打赛(团体) - 冠军
- Star Rlite Table Tennis Hopes Championship - 亚军
- 雪隆小学新苗乒乓单打赛 - 季军
- 第十七届雪隆小学男女团体乒乓赛 - 季军
- 雪州新苗乒乓赛女男组个人赛 - 八强
- 启明华小董事长拿督黄忠胜杯乒乓邀请赛 - 冠军
2014最佳女运动员 - 黄茗悦 6M
- 全国乒乓学联赛( 双打 ) - 殿军
- 全国乒乓学联赛( 团体 ) - 亚军
- 雪州学联乒乓赛(个人) - 季军
- 雪州学联乒乓赛(双打) - 亚军
- 雪州学联乒乓赛(团体) - 亚军
- 2014年MSSS乒乓赛 (个人) - 亚军
- 2014年MSSD乒乓赛(团体) - 亚军
- 第十七届雪隆小学男女团体乒乓赛 - 季军
- 巴生启明小学乒乓单打赛(团体) - 冠军
- 第26届美禄新苗乒乓赛(团体) - 八强
- 第一届拿督斯里钱丰良太平局绅杯 - 季军
- 雪州新苗乒乓赛女子组个人赛 - 八强
- 巴生县邓章钦杯男女个人乒乓赛 - 亚军
- 启明华小董事长拿督黄忠胜杯乒乓邀请赛 - 冠军

















