Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Arkus. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di Kuala Lumpur. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di Subang Jaya, Selangor.
Aku dihantar ke Subang Jaya dengan menggunakan lori kecil. Kedai itu dikenali sebagai CHRIS SHOP SDN.BHD. Di sini, aku di pamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihan aku tetapi mereka tidak mampu untuk membeli aku kerana aku dijual dengan agak mahal, iaitu RM 350.
























